Log in
Sign up for FREE
arrow_back
Library

Ulangkaji G9

star
star
star
star
star
Last updated almost 2 years ago
25 questions
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Question 1
1.

Question 2
2.

Question 3
3.

Question 4
4.

Question 5
5.

Question 6
6.

Question 7
7.

Question 8
8.

Question 9
9.

Question 10
10.

Question 11
11.

Question 12
12.

Question 13
13.

Question 14
14.

Question 15
15.

Question 16
16.

Question 17
17.

Question 18
18.

Question 19
19.

Question 20
20.

Question 21
21.

Question 22
22.

Question 23
23.

Question 24
24.

Question 25
25.

Soalan 1 dan 2 berdasarkan potongan surah Al-Isra' ayat 35.
Berdasarkan ayat 35 dari surah Al-Isra , apakah panduan yang boleh digunakan untuk membentuk keterampilan seorang usahawan?
Usahawan mestilah menepati masa dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Kejujuran dalam urusan perniagaan menjadi fokus utama dalam memastikan tiada yang tertindas.
Bertoleransi dengan masyarakat sekeliling.
Bijak membuat keputusan mengurangkan risiko dalam perniagaan.
Amelia mempunyai kedai yang menjual jambangan bunga. Dalam iklan di media sosial, Amelia mempamerkan bunga-bunga segar dan sebenar sebagai tarikan pelanggan. Ketika ada pelanggan menempah jambangan bunga dari kedai Amelia, dia mencampurkan bunga plastik dan bunga sebenar di dalam satu jambangan. Apakah kesan perbuatan ini kepada perniagaannya?
Kepercayaan pelanggannya akan luntur dan tidak membeli kembali dari kedainya.
Keuntungannya berlipat ganda, kerana bunga plastik lebih murah dan mudah dijaga.
Amelia akan dikenali lebih ramai orang kerana sifat peramahnya.
Soalan 3 ,4 dan 5 berdasarkan rajah di bawah


Alexandra Scott merupakan pesakit kanser yang menubuhkan perniagaan kecil untuk membantu kanak-kanak lain yang menghidap penyakit yang sama. Apakah perniagaan tersebut?
Penternakan lebah
Servis mencuci kenderaan
Gerai air lemon
Jika anda diberi peluang melakukan perkara sama dengan sumbangan Alexandra Scott kepada dunia, apakah perkara pertama yang anda akan lakukan?
Analisis sumber yang ada di sekeliling untuk dimanfaatkan.
Membuat promosi dan menceritakan tentang apa yang anda ingin lakukan di media sosial.
Menghabiskan semua simpanan untuk membuka gerai.
Sebelum meninggal dunia pada tahun 2004, Alexandra Scott berjaya mengumpul 1 juta $ untuk disumbangkan kepada kanak-kanak lain bagi melawan kanser. Sebagai seorang usahawan apakah ciri-ciri yang boleh diambil sebagai inspirasi dari perjuangan beliau?
Bijak mencari peluang untuk mewujudkan perniagaan.
Memberi manfaat kepada komuniti walaupun keupayaan terbatas.
Mencari pasaran yang bagus untuk meningkatkan keberhasilan.
Menyelesaikan masalah orang lain
Memberi manfaat kepada komuniti
Memberi inspirasi kepada orang lain

Antara tokoh-tokoh di bawah, siapakah yang menepati ciri-ciri usahawan di atas?
Tokoh ini mengembangkan perniagaannya dalam bidang makanan dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Apakah inspirasi yang boleh diambil dari beliau?
Bijak mengumpulkan pengikut untuk menjadi terkenal.
Menggunakan media sosial dengan optimum sebagai tempat memasarkan produk.
Menghasilkan keuntungan berganda dengan penjualan sambal.
Abdul Rahman Auf mempunyai strategi perniagaan yang hebat. Beliau menjual unta-untanya pada harga kos.Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman Auf. Apakah keuntungan sebenar yang beliau dapat ?
Mengenakan bayaran tambahan untuk servis menghantar unta.
Tidak memperoleh keuntungan kerana ingin membantu penduduk setempat.
Keuntungan diambil dari menjual tali pengikat unta, yang dijual berwarna-warni.
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”

Kenyataan di atas, dipetik dari kisah penjualan unta Abdul Rahman Auf. Apakah iktibar yang boleh diambil sebagai contoh usahawan yang baik?
Usahawan perlu bijak mencari pasaran bagi menjual produk mereka.
Tetap bersyukur walaupun keuntungan yang diperolehi sedikit.
Usahawan yang baik mempercepatkan urusan jual-beli supaya pelanggan tidak tertunggu.
Beliau tidak akan sesekali menjual secara tangguhan bayaran. Hanya urusan jual beli dalam tunai sahaja yang dibenarkan.

Berdasarkan strategi Abdul Rahman Auf di atas, apakah kesan jika urusan jual beli dilakukan dengan berhutang?
Penjual tidak akan dapat membuat pusingan modal bagi barang niaga seterusnya.
Penjual akan dilihat mulia kerana membantu pembeli yang tidak mampu.
Pembeli akan mudah membuat pembelian bila-bila masa walaupun tidak mempunyai wang.
“Ketika zaman itu, orang-orang Yahudi menyekat ekonomi orang Islam, tidak diberi makan dan minum, dilarang berjual beli serta berkahwin. Namun Siti Khadijah melaburkan duitnya dengan membeli air walaupun harga mahal dan menggunakan duit itu ke jalan yang diredai ALLAH,”

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan Siti Khadijah sebagai seorang usahawan?
Pandai menarik hati pelanggan
Berani mengambil risiko dalam perniagaan
Menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk setempat
Siti Khadijah mengamalkan konsep mudarabah dengan pedagang-pedagang arab yang lain. Apakah maksud mudarabah?
Perniagaan yang bersifat individu di mana peniaga akan membawa barang dagangan secara berseorangan.
Perniagaan yang melibatkan meminjamkan modal kepada peniaga lain, keuntungan tersebut tidak dibahagi-bahagi.
Perniagaan yang melibatkan orang lain serta bekerjasama dengan mereka bagi meningkatkan keuntungan. Keuntungan tersebut kemudiannya dibahagi-bahagi.
Apakah kelebihan teknik mudarabah yang diamalkan Siti Khadijah?
Membantu dan memperkasakan rakan pedagang yang lain.
Membuahkan keuntungan individu yang berlipat ganda dengan modal kecil.
Mempercepatkan barang dagangan laku dijual.
Sebagai seorang usahawan perniagaan yang dibina bukan sahaja perlu berasaskan keuntungan malah produk yang dihasilkan perlu menepati kriteria yang baik sebelum dipasarkan. Apakah contoh ciri produk yang baik ?
Memberi keuntungan 3 kali ganda
Tidak mencemarkan alam sekitar.
Pembungkusan yang cantik dengan plastik berwarna warni
HYGR merupakan sebuah syarikat kosmetik yang menggunakan pembungkusan yang mesra alam. Pembungkus "lip balm" mereka diperbuat dari kertas, yang boleh dikitar semula selepas habis digunakan.
Sebagai usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, apakah langkah tambahan yang sesuai selain daripada pembungkus mesra alam?
Saiz produk yang lebih kecil supaya pembeli akan mengulang pembelian.
Produk yang dihasilkan bermanfaat untuk pengguna dan tidak melibatkan pembaziran.
Cetakan pada pembungkus yang menarik untuk menggalakkan pembelian.
Bahan menarik dan berbau wangi walaupun terpaksa menggunakan bahan kimia berbahaya.
Pertubuhan bukan kerajaan
Bersifat kebajikan
Tidak mementingkan keuntungan

Pilih organisasi yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas.
Kerajaan
NGO
Korporat
Bisnes
Berasaskan keuntungan
Mempunyai pemegang saham
Mementingkan elemen profesional dalam pentadbiran

Pilih organisasi yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas.
Kerajaan
NGO
Korporat
Bisnes
Pendapatan diperolehi dari kutipan cukai rakyat
Berfungsi sebagai organisasi yang memudahkan urusan rakyat

Pilih organisasi yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas.
Kerajaan
NGO
Korporat
Bisnes
Berasaskan keuntungan
Ada yang diperingkat kecil-kecilan

Pilih organisasi yang sesuai berdasarkan ciri-ciri di atas.
Kerajaan
NGO
Korporat
Bisnes
Saifudin membuat bajet berkaitan perbelanjaan yang akan digunakan oleh kedainya bulan hadapan, apakah bidang yang sesuai untuk menggambarkan aktiviti ini?
Kewangan
Keusahawanan
Bisnes
Selepas graduasi daripada sebuah universiti tempatan, Syakila bercadang untuk membuka gerai menjual nasi lemak di hadapan rumahnya sementara mendapat pekerjaan yang terdapat, apakah situasi yang paling sesuai untuk menggambarkan aktiviti ini?
Kewangan
Bisnes
Keusahawanan
Fikri melihat penduduk di kampungnya sukar untuk bergerak ke tempat jauh kerana masalah pengangkutan awam dan tidak memiliki kereta. Ini menyebabkan mereka hanya boleh keluar ke bandar terdekat sebulan sekali dengan menumpang jiran-jiran yang mempunyai kenderaan. Fikri bercadang untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan dengan menggunakan van, supaya setiap hari urusan penduduk kampung berjalan lancar.

Apakah bidang yang sesuai untuk menggambarkan aktiviti Fikri ini?
Kewangan
Bisnes
Keusahawanan
Apakah perbezaan antara wang dan matawang?
Wang mempunyai nilai tertentu, contohnya emas yang boleh dijual.
Matawang mempunyai nilai tertentu untuk ditukar
Wang berbeza untuk setiap negara
Penyimpanan emas sebagai wang adalah sukar kerana berat dan tidak selamat dibawa ke mana-mana. Apakah yang wujud disebabkan masalah ini?
Wang syiling
Mata wang fiat
Kad kredit
Matawang elektronik
Apakah yang menyebabkan mata wang kripto tidak sesuai digunakan untuk menggantikan mata wang sedia ada dalam urusan jual beli ?
Tiada nilai
Nilai tidak tetap, kerana pasaran turun naik
Belum ada bentuk fizikal